Current time: 04-17-2014, 05:45 PM
Welcome guest! Please Login or Register




New Reply 
 
Spirit Of The Coin
12-05-2012, 06:15 PM
Post: #1
Spirit Of The Coin
Mesti pernah dengar kan apa itu "Spirit Of The Coin".Budak yang dok asrama mesti pernah main kan Grin,ok saya depeserphc yang hensem nak kongsi ape itu "Spirit Of The Coin" dan kongsi satu kisah seram about "Spirit Of The Coin"

Info Tentang Spirit Of The Coin:
Bahan yang diperlukan hanyalah satu syling lama,pemain dan satu kertas yang ade abjad dan nombor.

[Image: ouija_board-1024x640.jpg]
Sebab orang bermain permainan ini adalah untuk:
[*]Tanya khabar orang yang meninggal dunia.[*]Mengetahui kedudukan roh.[*]Berkomunikasi dengan roh.[*]Minta bantuan secara gaib[*]Mencari barang / orang yang hilang.[*]Untuk mengetahui cara matinya : kemalangan atau dibunuh dan sebagainya[*]Untuk tanya sesuatu yang penting seperti : Password , no pin , kedudukan harta.

Amaran keras,kalau takut nak bermain permainan ini,JANGAN MAIN.Tujuan saya membuat thread seperti ini hanyalah untuk pengetahuan UMUM sahaja.

Contoh kisah yang saya petik dari google tentang pengalaman bermain SPIRIT OF THE COIN.

Kisah Mengenai Spirit Of The Coin:

Rakan-rakan di asrama JR inilah yang memperkenalkan sebuah permainan penuh mistik 'spirit of the coin'. Pasti sebahagian besar korang terutama yang dulu tinggal di asrama pernah dengar permainan spirit of the coin ni kan?


Cara nak main permainan sesat ini mudah aje. Pertama kena sediakan wang syiling 20 sen atau 50 sen lama. Maksud lama tu, wang syiling yang dah tak pakai dan laku lagi di zaman ni, contohnya duit syiling zaman mula-mula Malaysia merdeka dulu yang di belakangnya ada gambar Queen Elizabeth. Yang kedua perlu disediakan kertas yang di dalamnya perlu di tulis huruf A hingga Z dan angka 0, 1 hingga 9 untuk memudahkan "roh" itu mencatatkan jawapan yang ditanya. Kemudian di penjuru kertas ditulis "Yes", "No" dan "Home". Seorang tukang catat diperlukan dalam permainan ini untuk mencatatkan apa yang dikatakan oleh "roh" yang dihubungi.
Biasanya permainan khurafat ini melibatkan 3 hingga 4 orang. Keempat-empatnya meletakkan tangan di atas wang yang diletakkan di dalam ruang bertulis "home". Kemudian ketua kumpulan yang bermain akan menyeru "roh" (sebenarnya iblis) supaya datang:


“Spirit of the coin, please come to the game... “ bla..bla..bla (dah tak ingat mentera sebenarnya...)


Tak lama selepas dipanggil tiba-tiba wang yang dipegang bersama itu akan bergerak ke arah "Yes" dan lepas itu kita bolehlah berkenalan dengan "roh" (sebenarnya iblis) yang datang itu dengan bertanya namanya, tarikh kematian dan punca kematian. Kebanyakan "roh" yang datang menceritakan punca kematian mereka yang sungguh tragis: kena bunuh, kena langgar, mati lemas, mati bunuh diri dan lain-lain.


Lepas sesi berkenalan dengan "roh", kita bolehlah tanya macam-macam dengannya. Yang paling pelik semua jawapan (termasuk rahsia diri seseorang) dijawab dengan tepat. Hingga jika ada barang berharga yang hilang pun "roh" ini akan beritau di mana ia sebenarnya berada dan bila dicari memang jumpa balik! Begitulah hebatnya iblis, pandai mereka berbuat baik dengan manusia bagi memesongkan akidah kita.

Bila dah boring bertanya roh sesat itu, perlu minta izinnya pula untuk menghantarnya pulang. Jika iblis tu bersetuju untuk pulang ia akan berhenti di "Home":


“Spirit of the coin, please go back to HOME..”.


Yang jadi masalahnya ialah bila iblis tu tak mau balik, kenalah pujuk dia sampai dia berhenti di "Home". Syarat permainan ni ialah semua yang main tak boleh angkat jari dari wang syiling hingga si-iblis bergerak ke "Home". Jika ada yang menangkat tangan sebelum ia berhenti di "Home", alamat akan mengamuklah iblis itu.


Dan itulah yang JR nak ceritakan di sini...amukan hantu spirit of the coin berdasarkan pengalaman yang JR lalui sendiri. Kesemua peristiwa berlaku di sekolah menengah JR di Penang tu:

Suatu hari (JR masih ingat hari Khamis), kira-kira jam 2.30 petang, ketika itu waktu belajar dah habis, tapi masih ramai pelajar yang belum pulang ke rumah. Sebahagainnya menghabiskan kerja sekolah, sebahagian lagi cuma sembang-sembang kosong. Ketika itulah seorang rakan JR mengajak kami bermain spirit of the coin. JR tak pernah bermain dengannya, buang masa aje!! Tapi lepas dicabar banyak kali JR pun main lah juga dengan tiga orang kawan lagi (semuanya lelaki) permainan yang JR ingat 'permainan bodoh' itu.


Bila dah mula main memang rasa seronok pula. Iblis la katakan, memang selalu offer benda-benda seronok aje di peringkat permulaan.



Macam-macam yang kami tanya untuk menguji sejauh mana terrer nyaknowledge roh @ iblis tu...memang dia sungguh terrer, semuanya dijawab dengan tepat termasuk nama datuk nenek JR, berapa ekor ayam yang ibu JR bela di reban belakang rumah dan yang paling memalukan bila rakan JR tanya:


"Sapa agaknya pompuan dalam kelas ni yang J suka?".


Lalu duit syiling itu bergerak mengeja nama "Wati"


Lalu pecahlah ketawa rakan-rakan: "Hooooiii Wati, hang tau dak J ni taruh hati kat hang...hang suka dia dak??". Malunya ketika itu bila Wati yang sedang buat kerja rumah membeliakkan matanya dengan "manja" ke arah JR! Pecah rahsia aku!!


Macam-macam yang kami tanya roh sesat itu. Tanya masa depan pun ada, termasuk umur berapa nak kawin, nama bakal isteri dan lain-lain. Cuma satu tak sesiapa berani tanya: tarikh kematiannya!!

Dah hampir sejam bermain, tibalah kami di episod akhir...menghantar roh itu pulang. Tapi puas dipujuk roh itu tetap menjawab "No" "No" dan "No"! Dia tak mau balik, haru sungguh!!



Akhirnya kerana tangan pun dah lenguh, seorang kawan JR menarik tangannya dari syiling yang kami pegang bersama. Syiling itu terjatuh ke lantai dan tanpa sebab pintu kelas yang terbuka luas tiba-tiba tertutup dan berdentum dengan kuat sehingga satu kelas terasa bergegar. Beberapa budak perempuan dalam kelas menjerit dan kami berpandangan dengan rasa separuh terkejut dan separuh takut.


Lepas itu JR pun pulang ke rumah. Esok hari Jumaat, kebetulan Jumaat adapublic holiday, hari Sabtu dan Ahad pula cuti sekolah, dapat cuti tiga hari..best...


Dan petang Khamis itu, iba-tiba JR ditimpa satu penyakit misteri: kencing tak mau keluar! Rasa pundi-pundi kencing memang penuh, tapi puas dicuba, air seni itu tak mau juga keluar. Ayah JR menghantar JR ke klinik swasta berhampiran rumah kerana dia mensyaki JR terkena penyakit batu karang..


Tapi ketika buat pemeriksaan di klinik, doktor yang merawat agak hairan kerana hasil ujian tidak menunjukkan ada kristal dalam pundi-pundi kencing. JR juga tak mempunyai tanda-tanda sakit batu karang, malah JR sendiri tak rasa apa-apa sakit pun, kecuali rasa nak kencing tapi tak mau keluar.


Hingga malam, walaupun lepas makan dua kali ubat yang doktor beri, kencing tak mau keluar juga. Akhirnya kerana ubat doktor masih tak mau jalan, bapa JR membawa JR ke rumah seorang ustaz terkenal di kampung kami sebagai ikhtiar terakhir.


"Hmmm...ada 'benda' ikut ni" kata ustaz Y.


"Benda apa tu ustaz?" tanya bapa JR.


"Ada 'benda' di sekolah ikut budak ni.." jawab ustaz Y. Ketika itu baru JR teringat permainan spirit of the coin di sekolah petang tadi!! Rupanya iblis yang tau mau balik dari permainan itu mengikut JR dan mengunci pundi-pundi kencing sebagai hukuman "mempermainkannya".

"Lain kali jangan bermain dengan iblis, dalam dunia ni ada berbilion manusia, mengapa cari iblis untuk dibuat kawan?" marah ustaz kepada JR.


"Untuk seronok-seronok aje ustaz, bukan apa pun" jawab JR.


"Habis la ni seronok lah...kencing pun tak mau keluar?. Ingat...lain kali jangan mendekati iblis, takut nanti tergelincir akidah, susah jadinya"



"Baik ustaz, saya minta maaf, tak buat lagi nanti..." JR tertunduk kesal sambil menahan rasa kencing yang membuak-buak!!


Lepas ustaz Y membaca beberapa ayat sambil memicit-micit badan JR, tiba-tiba JR terasa badan agak ringan dan rasa kencing seperti tak tertahan lagi...


"Rasa nak kencing? Pergi ke bilik air cepat, semuanya dah OK" kata ustaz sambil menunjuk arah ke bilik air di rumahnya.


JR dengan laju berjalan ke bilik air rumah ustaz. Ketika itu berselisih dengan anak dara ustaz yang tersenyum sinis memerhatikan langkah JR yang tergesa-gesa. Malu.....


Setibanya di bilik air....auuuuuuu...leganya, masalah yang dah tertungak selama berjam-jam akhirnya selesai. Air kencing mengalir keluar dengan lancar!


Setibanya di rumah JR kencing berkali-kali, kerana masih takut iblis itu datang balik dan menyekat saluran kencing lagi. Tapi syukurlah perkara itu tak berulang lagi.


Bila JR ke sekolah pada hari Isnin berikutnya, dua orang kawan JR yang sama-sama bermain spirit of the coin tak hadir ke sekolah. Cuma JR dan seorang lagi rakan yang sama-sama bermain permainan sesat itu saja hadir ke sekolah pada hari itu. Rakan yang hadir menceritakan pada malam itu rumahnya telah diganggu oleh pelbagai peristiwa pelik: meja studinya bergerak, buku atas meja tiba-tiba "berdiri" dan yang paling dahsyat kerusi di sebelah ayahnya duduk tiba-tiba terangkat ke udara. Akhirnya kerana ketakutan ayahnya terpaksa memanggil seorang dukun yang berjaya memujuk iblis laknat itu keluar dari rumah mereka.


Petang itu lepas sekolah, JR dan rakan JR pergi ke rumah dua rakan kami yang tak datang ke sekolah pada hari itu. Rupa-rupanya kedua-duanya demam teruk dan mengalami simptom yang sama: sering meracau. Mujurlah akhirnya selepas beberapa hari kedua-duanya pulih dengan bantuan seorang ustaz.


Sejak kejadian itu kami berempat tidak lagi berani bermain permainan bahaya melibatkan iblis itu. Tapi yang peliknya masih ada rakan di asrama sekolah yang masih bermain sehingga satu peringkat berlaku satu kejadian histeria melibatkan beberapa orang pelajar perempuan. Selepas disiasat barulah diketahui bahawa histeria itu berpunca dari permainan spirit of the coin yang sering dimainkan oleh pelajar-pelajar perempuandi asrama mereka!


Kepada korang yang masih muda-muda dan masih belajar tu, jangan cuba bermain dengan permainan yang membahayakan lagi menyesatkan akidah seperti ini. Sampai sekarang JR menyesal mengapa terikut kawan bermain permainan bodoh itu.


Betul kata Ustaz Y dalam dunia ni ada berbilion manusia, mengapa mencari iblis untuk dijadikan rakan permainan?

Kepada abam/kakak2 yang pernah bermain permainan ini,kongsilah kat thread ini :rclol: boleh dijadikan pengajaran kepada anak2 muda macam saya RCtongue ni.

[Image: 69459_473060336078224_1020021499_n.jpg]

DefacerPHC hensem memerhatikan anda RCtongue
Like Post Quote
[-] The following 4 users Like Defacer PhantomCrew's post:
Fariz Luqman (02-03-2013), Hakimi (02-06-2013), FT (02-28-2013), IzzIbad (03-12-2013)
12-05-2012, 06:36 PM
Post: #2
RE: Spirit Of The Coin
Tujuannye baik tapi care die salah ye. Kalau salah ble betulkan ye Grin
Like Post Quote
12-05-2012, 06:38 PM
Post: #3
RE: Spirit Of The Coin
yep,biasa la masa alam remaja.nak sangat buat bende yang baru Bunny-hantuk last2 dapat susah Bunny-pijak

[Image: 69459_473060336078224_1020021499_n.jpg]

DefacerPHC hensem memerhatikan anda RCtongue
Like Post Quote
12-05-2012, 06:46 PM
Post: #4
RE: Spirit Of The Coin
pengalaman yang korang sendiri alami, cuba share2 nak juga dengar... Onion-mafia
Like Post Quote
12-05-2012, 07:44 PM
Post: #5
RE: Spirit Of The Coin
..sengsara jga game ne .huhuhu ..nice share Grin ...

[Image: MKjsp.gif]
[Image: userbaggg.gif]
Like Post Quote
12-05-2012, 07:48 PM
Post: #6
RE: Spirit Of The Coin
haha.. aku pernah main..
4 jam men hantu tu x nak balik..
nasib main dah dekat dengan subuh.. last2 dia blah..
hahaha

[Image: 33333qt9-2.gif][Image: flxR7.gif]
Like Post Quote
01-30-2013, 12:21 PM
Post: #7
Asal Usul Permainan 'Spirit Of The Coin'
[Image: English_ouija_board.jpg]

Sapa yg duduk sekolah
asrama tentu pernah dengar Spirit
Of The Coin
and maybe ada yg pernah main.
Permainan ini dinamakan Ouija di US dan konsepnya adalah sama seperti Spirit Of
The Coin. Dari manakah asal
usul
permainan ini? Tonton video dibawah.









[Image: ouija_board-1024x640.jpg]



” Spirit of the coin ” sebuah permainan yang sangat terkenal suatu masa dahulu . Sekarang pun mungkin ada juga orang yang masih main permainan inoin ” ?.
Setelah lengkap papan atau kertas ” Ouija ” yang dilengkapi dengan tulisan A-Z , Nombor 0-9 , ” Yes ” , ” No ” , ” Home ” dan ” Good Bye ” . Kita boleh menjemput sesebuah roh yang tertentu atau memanggil sebuah roh secara rambang untuk berkomunikasi dengannya. Apabila sebuah roh hadirkan diri , Kita perlu tanya beberapa soalan untuk memastikan yang hadir itu adalah roh yang kita inginkan. Setelah memastikan ia adalah roh yang kita inginkan , Kita boleh mula tanya apa yang kita inginkan atau berbual dengannya.

Selalunya banyak roh yang berkeliaran dengan keinginan untuk berbual dengan manusia. Sama ada roh saudara mara kita atau orang luar. Banyak roh terdapat disekeliling kita tetapi kita tidak dapat nampak dengan mata kasar kerana kebolehan kita terhad . Orang yang melatih Yoga , Meditasi dan kuat sembayang dapat merasai kehadiran mereka.

Semua manusia dijaga dan dipelihara oleh sebuah kuasa khas yang ditugaskan untuknya. Sebab itulah kita tidak diganggu oleh roh atau makhluk halus. Apabila seseorang mula bermain ” spirit of the coin ” , dengan rela hatinya dia membuka ikatan kawalannya dan membenarkan makhluk halus masuk kedalam kehidupannya. Apabila sebuah roh hadir ia akan memasuki badan orang itu dan menjawab soalannya dan keluar selepas proses tersebut. Ritual ini perlu dikendalikan oleh seseorang yang berilmu tinggi dan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan roh.

Kadang-kadang dali. Pada zaman persekolahan , kami selalu main permainan ini selepas peperiksaan akhir tahun kerana tiada sebarang pelajaran atau aktiviti diadakan disekolah pada masa itu.

Selepas kian lama apabila saya mengimbas kembali permainan itu , saya rasa kami memang bertuah kerana tidak melalui sebarang gangguan semasa dan selepas bermain. Disebelah sekolah kami terdapat sebuah kubur cina yang lama dan luas . Nasib baik kami tidak diganggu oleh roh-roh yang tersesat disitu.

Apa itu permainan ” spirit of the coin ” sebenarnya ?
Sebenarnya ” spirit of the coin ” bukan sebuah permainan sebaliknya sebuah kaedah untuk berhubung dengan roh orang yang meninggal dunia. Kaedah ” spirit of the coin ” digunakan dalam beberapa ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan roh orang yang telah meninggal dunia.

Kaedah ini biasanya digunakan untuk :
  • Tanya khabar orang yang meninggal dunia.
  • Mengetahui kedudukan roh.
  • Berkomunikasi dengan roh.
  • Minta bantuan secara gaib
  • Mencari barang / orang yang hilang.
  • Untuk mengetahui cara matinya : kemalangan atau dibunuh dan sebagainya
  • Untuk tanya sesuatu yang penting seperti : Password , no pin , kedudukan harta.

Ini bukan sebuah hiburan atau permainan sebaliknya sebuah proses ritual yang sangat keras. Jangan sekali-kali mencubanya tanpa latihan rohani , panduan dan pertahanan yang lengkap.

Apa yang berlaku dalam ritual ” spirit of the cam beberapa kes roh yang tersesat atau roh orang yang mati terseksa akan memasuki kedalam ritual ini dan berlakun seperti roh orang yang kita maksudkan . Jawapan yang salah dan jawapan yang mengelirukan akan diberikan olehnya kerana dia tidak dapat berhubung dengan alam roh. Dalam kes sebegini roh jahat atau roh yang berhawa nafsu tinggi tidak akan meniggalkan orangnya selepas ritual ini selesai sebaliknya ia akan mengekorinya dan mengganggunya seumur hidup.

[b]Roh yang jahat boleh menyebabkan kerugian , penyakit , kemalangan dan juga kematian. Ia juga akan mengganggu ahli keluarga kita yang lain. Jadi Awas ! Jangan buat ritual ini. Ini bukan sebuah permainan sebaiknya sebuah ritual yang keras . Tujuan ” Spirit of the Coin ” hanya untuk berhubung dengan alam roh sahaja .



sumber
[/b]
Like Post Quote
01-30-2013, 12:42 PM
Post: #8
RE: Asal Usul Permainan 'Spirit Of The Coin'
Thread exist http://rc.my/Thread-Spirit-Of-The-Coin?highlight=spirit but ,dia pnya ni betabur Unlike

[Image: MKjsp.gif]
[Image: userbaggg.gif]
Like Post Quote
01-30-2013, 12:48 PM
Post: #9
RE: Asal Usul Permainan 'Spirit Of The Coin'
la..dah ada..nape aku search td xjumpa.... ~=(~

mod tolong delete
Like Post Quote
01-30-2013, 01:09 PM
Post: #10
RE: Asal Usul Permainan 'Spirit Of The Coin'
Pernah main, member2 cikgu takut. Padahal cikgu yang gerakkan gelas tu Onion-ketawa

fb /cikgu.aiyad
[Image: cikguvpnba.jpg]
+REP & Like if i shared something useful.
Like Post Quote
New Reply 



DMCA.com Member of The Internet Defense League ubuntu.com Sedut Software Sampai Lebam
Contact Us | Rileks Community | Lite (Archive) Mode | RSS Syndication
Designed by Andrew. Icons by dAKirby309