Current time: 04-24-2014, 12:05 AM
Welcome guest! Please Login or Register




New Reply 
 
Kenali Peribahasa - #6 - Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
01-13-2013, 09:46 PM
Post: #1
Bug Kenali Peribahasa - #6 - Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
[Image: pagar%2Bmakan%2Bpadi%2B1.png]
Harapkan pagar, pagar makan padi adalah peribahasa yang membawa maksud :
Quote:
  1. Harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang merosakkannya.
  2. Orang yang tidak menjaga amanah yang diberikan kepadanya.

Pagar membawa maksud :
Quote:
  1. Binaan yang dibina bagi menandai atau menyempadani sesuatu kawasan.
  2. Binaan yang memisahkan antara satu kawasan sebelah menyebelah.
  3. Binaan yang diperbuat daripada kayu, batu, besi dan lain-lain material.
[Image: pagar.png]

Padi membawa maksud :
Quote:
  1. Padi merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean.
  2. Padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang dan padi huma atau padi bukit.
  3. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi.
[Image: padi.png]

Makan membawa maksud :
Quote:
  1. Proses bagi mendapat zat keperluan bagi manusia, haiwan dan tumbuhan terutamanya bagi keperluan tenaga makanan dan bagi tumbesaran.
  2. Perlakuan makan dilakukan dengan meletakkan makanan kedalam mulut, mengunyah dan kemudian menelan.
  3. Makanan yang dimakan kemudiannya dihadamkan.
[Image: makan.jpeg]

Pasti ramai di kalangan kita sering mendengar akan peribahasa ini. Ianya dirujuk kepada suatu perbuatan khianat umumnya. Tetapi yang menjadi kesangsian di sini adalah struktur ayat yang digunakan iaitu satu subjek yang bukan hidup digambarkan memakan sesuatu, yakni pagar memakan padi. Dapatkah kita bayangkan bagaimana pagar memakan padi? Dari segi logikanya memang mustahil!! Permasalahan ini dapat dirungkai apa bila kita memahami maksud sebenar peribahasa tersebut. Pagar yang dimaksudkan adalah "PEGAR", yakni sejenis burung.

Pegar membawa maksud :
Quote:
  1. Sejenis burung kuang yang boleh didapati di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan Sumatera.
  2. Juga dikenali sebagai ayam pegar kerana saiznya seperti ayam.
  3. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan terdapat beberapa spesis yang memakan serangga.
[Image: pegar.png]

Salah faham terhadap gambaran yang diberikan adalah kerana masalah menterjemahkan ejaan daripada tulisan jawi kepada tulisan roman. PEGAR yang dieja di dalam tulisan jawi adalah Pa Ga Ra yang apabila diterjemah kepada ejaan roman menjadi "PAGAR". Hal ini sama seperti kekeliruan terhadap perkataan BATOK seperti yang dijelaskan sebelum ini (Rujuk peribahasa #4).

Peribahasa ini menggunakan sejenis burung yang dikenali sebagai burung pegar sebagai perumpamaan. Pegar adalah spesis burung yang memakan serangga-serangga kecil seperti belalang dan beberapa jenis serangga perosak terhadap tanaman padi. Ia digunakan sebagai ejen kawalan biologi sama seperti burung hantu. Burung ini juga dikenali sebagai spesis yang mendominasi sesuatu kawasan di mana ia akan menghalau spesis burung lain daripada menghampiri kawasan jagaannya. Akan tetapi, selain memakan serangga, burung ini juga memilih bijirin sebagai dietnya. Oleh itu, wujudnya peribahasa ini adalah daripada pemerhatian terhadap tabiat burung tersebut dimana burung itu diharap oleh para petani untuk menjada tanaman padi mereka tetapi dalam masa yang sama burung itu sendiri yang menjadi musuh terhapat hasil keluaran pesawah.

Penggunaan peribahasa ini selalunya merujuk kepada perbuatan khianat atau pecah amanah yang dilakukan oleh seseorang. Contoh penggunaan ayat adalah seperti berikut :
Quote:Awaluddin tidak menyangka bahawa Adi yang dianggap sebagai abang kandungnya sanggup menggelapkan wang yang diamanahkan kepadanya bagi menyediakan tender syarikatnya. Tindakan Adi ini amat mengecewakan Awaluddin dan layak dikatakan seperti harapkan pagar, pagar makan padi.

Ejaan pagar tetap dikekalkan dan membawa maksud yang sama terhadap pegar. Hal ini perlu diperjelaskan semasa proses pembelajaran bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terhadap maksud yang digambarkan.

[Image: userpic.php?id=2]
[Image: on9-1.png]
Code:
Stalk my post, you will pay for it.
Like Post Quote
[-] The following 1 user Likes Amorphous's post:
tomodachi (05-01-2013)
01-13-2013, 09:57 PM (This post was last modified: 01-13-2013 09:58 PM by کاريرين ايکاتو.)
Post: #2
RE: Kenali Peribahasa - #6 - Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
Pegar.. Istilah Baru..

Banyak bahasa kecik2 nie yg aku tak tahu..

[Image: 33333qt9-2.gif][Image: flxR7.gif]
Like Post Quote
01-13-2013, 10:07 PM
Post: #3
RE: Kenali Peribahasa - #6 - Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
Amorphous, bagiuh mung nie dud, teruskan usaha. Bahasa melambangkan bangsa ~TH~
Like Post Quote
01-13-2013, 11:31 PM
Post: #4
RE: Kenali Peribahasa - #6 - Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
(01-13-2013 09:57 PM)Karirin Ikato Wrote:  Pegar.. Istilah Baru..

Banyak bahasa kecik2 nie yg aku tak tahu..
Kena selalu rujuk dan bertanya kalau tak faham. Tak boleh main ikut ja Smile.

(01-13-2013 10:07 PM)shadowmacx Wrote:  Amorphous, bagiuh mung nie dud, teruskan usaha. Bahasa melambangkan bangsa ~TH~
Terima kasih.

[Image: userpic.php?id=2]
[Image: on9-1.png]
Code:
Stalk my post, you will pay for it.
Like Post Quote
05-01-2013, 03:48 PM
Post: #5
RE: Kenali Peribahasa - #6 - Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
" pegar " x pernah dengar dan gunakan perkataan tersebut sebelum ni.
saya dah cek menurut pusat rujukan persuratan melayu dbp malaysia :


http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pegar


salute @Amorphous RCundecided

[Image: oxw03CN.gif]
Like Post Quote
05-01-2013, 03:49 PM
Post: #6
RE: Kenali Peribahasa - #6 - Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
harapkan suyi saster...disaster hidup aku...
hahahaha

[Image: crazyskril.gif]
Like Post Quote
[-] The following 1 user Likes Fudzail Ahmad II's post:
tomodachi (05-01-2013)
New Reply 



DMCA.com Member of The Internet Defense League ubuntu.com Sedut Software Sampai Lebam
Contact Us | Rileks Community | Lite (Archive) Mode | RSS Syndication
Designed by Andrew. Icons by dAKirby309