Current time: 04-20-2014, 07:08 PM
Welcome guest! Please Login or Register




New Reply 
 
Kenali Peribahasa - #4 - Bagai Melepaskan Batuk Di Tangga
01-10-2013, 10:25 PM
Post: #1
Bug Kenali Peribahasa - #4 - Bagai Melepaskan Batuk Di Tangga
[Image: batuk_tangga.jpg]
Bagai melepaskan batuk di tangga adalah peribahasa yang membawa maksud :
Quote:
  1. Melakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh.
  2. Membuat sesuatu kerja sambil lewa sahaja.
  3. Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai.

Batuk membawa maksud :
Quote:
  1. Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang.
  2. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan rongga nafas.
[Image: batuk.PNG]

Tangga membawa maksud :
Quote:
  1. Suatu binaan yang menghubungkan antara tingkat ke tingkat.
  2. Tangga digunakan untuk memanjat ke tempat yang lebih tinggi dari aras bumi.
  3. Tangga boleh dibina dari pelbagai material seperti batu, batu, kayu, besi, buluh dan banyak lagi.
[Image: tangga.jpg]
Apa yang menjadi persoalan adalah, mengapa batuk yang dilepaskan di tangga dikatakan perkara yang sia-sia? Adakah batuk sambil berjalan, berlari, menonton wayang atau sambil memandu lebih mendatangkan faedah? Sesungguhnya batuk mempunyai fungsi tersendiri bagi menyah bendasing dan membersihkan rongga pernafasan. Jadi mengapakah ia dikatakan perkara yang sambil lewa dan sia-sia?
Jawapan kepada permasalahan ini adalah salah faham terhadap gambaran yang diberikan mengenai peribahasa tersebut. Batuk yang dimaksudkan disebut sebagai "BATOK".

Batok membawa maksud :
Quote:
  1. Batok adalah sejenis barangan yang dibuat dari tempurung kelapa dan mempunyai tangkai yang panjang.
  2. Fungsinya adalah untuk mencedok air.
  3. Batok sering dilihat digandingkan bersama tempayan bagi kegunaan membasuh kaki sebelum memasuki rumah.
[Image: batok.jpg]

Kurangnya pendedahan mengenai maksud sebenar peribahasa ini sering mengundang salah faham dikalangan individu. Malahan dalam pembelajaran di sekolah juga jarang atau tidak langsung menyentuh mengenai perkara tersebut. Hatta ada diantara guru bahasa sendiri juga tidak mengetahui maksud sebenar perkataan tersebut dan sering merujuk terhadap "batuk" yang terhasil dari tindakbalas tubuh. Salah faham ini timbul apabila tulisan orang melayu yang ditulis menggunakan huruf jawi ditukar kepada huruf roman. Ejaan asalnya adalah Ba Alif Ta Wau Khaf tetapi dirujuk kepada BATOK kerana tiada huruf jawi khusus yang digunakan bagi menghasilkan sebutan konsonan "O" dan huruf Wau membawa bunyi konsonan "U". Apabila diterjemah kepada tulisan roman, maka terhasillah perkataan "BATUK".

Peribahasa ini merujuk kepada perkara sia-sia atau dibuat dengan sambil lewa. Dimana batok yang telah digunakan haruslah dipulangkan kembali ke tempat asalnya dan jangan ditinggalkan di atas tangga. Hal ini boleh menyebabkan batok tersebut mungkin terjatuh dan pecah. ianya juga dapat mendatangkan kebahayaan kepada sesiapa yang terpijak lalu terjatuh dari tangga. Kerja sambil lewa merujuk kepada tindakan tidak memulangkan batok ke tempat asal.

Contoh ayat yang boleh digunapakai dengan menggabungkan frasa peribahasa ini adalah seperti berikut :
Quote:Hey Abu, masaklah lauk tu betul-betul. Ramai tetamu yang datang dan dikhuatiri lauk pauk tidak mencukupi. Kamu janganlah lakukan kerja yang diamanahkan oleh tuan rumah kepada kamu bagai melepaskan batuk di tangga.

Ejaan BATUK perlu dikekalkan dalam penulisan kerana ia mungkin akan mengundang kepada kesilapan yang tidak disengajakan apabila diperiksa oleh individu yang tidak mempunyai pengetahuan ini. Rujuk kepada guru bahasa masing-masing akan penggunaan perkataan BATOK yang dirujuk kepada sejenis ga-yong adakah boleh digunapakai di dalam penulisan tahap persekolahan.

[Image: userpic.php?id=2]
[Image: on9-1.png]
Code:
Stalk my post, you will pay for it.
Like Post Quote
[-] The following 3 users Like Amorphous's post:
usb (01-10-2013), Hakimi (01-10-2013), Kiroro (01-10-2013)
01-11-2013, 11:39 AM
Post: #2
RE: Kenali Peribahasa - #4 - Bagai Melepaskan Batuk Di Tangga
perkataan yang dapat dipelajari disini..
BATOK.. haha.. patot bm aku dapat B dari kecik sampai spm.. haha

[Image: 33333qt9-2.gif][Image: flxR7.gif]
Like Post Quote
New Reply 



DMCA.com Member of The Internet Defense League ubuntu.com Sedut Software Sampai Lebam
Contact Us | Rileks Community | Lite (Archive) Mode | RSS Syndication
Designed by Andrew. Icons by dAKirby309