Current time: 04-24-2014, 06:30 PM
Welcome guest! Please Login or Register




New Reply 
 
Jom Main BinaKata aka Wordz
02-08-2013, 09:46 AM (This post was last modified: 02-08-2013 10:40 AM by KuRtBorgiba.)
Post: #1
Jom Main BinaKata aka Wordz
[Image: BinaKata00.png]

BinaKata merupakan aplikasi permainan berbahasa melayu yang dibawakan oleh syarikat Fugo kepada pengguna iOS dan Android. Seperti pada nama aplikasi ini, pemain perlu membina pelbagai perkataan daripada huruf-huruf yang diberikan. Ia dimainkan secara online, di mana pengguna akan bersaing dengan pengguna lain yang bermain permainan ini serentak. Permainan ini bukan sahaja sangat menarik dan mencabar bahkan ia boleh menambah kosa kata pengguna.

[Image: BinaKata01.png]

Pada permulaan permainan, pengguna akan diberi nama default iaitu TETAMU. Nama ini tidak boleh diubah sehingga pengguna mencapai tahap ke 4. Pemain boleh memilih 3 cabaran permainan iaitu Klasik, Rasional dan Idealis. Setiap cabaran ini mempunyai cara permarkahan yang berbeza walaupun template permainan adalah sama. Disebabkan BinaKata ini bermain secara online, pengguna perlu menunggu sekiranya permainan telah bermula.


[Image: BinaKata03.png]

Permainan dimulakan dengan pengguna diberi 16 huruf yang disusun secara 4×4. Perkataan dicari dengan menyeretkan jari di huruf-huruf tersebut untuk membina perkataan. Seretan tangan ini boleh pelbagai arah asalkan ia membentuk perkataan yang betul. Perkataan yang dibina juga boleh terdiri daripada 3 huruf sehingga boleh ke 9 atau 10 huruf. Perkataan yang berjaya dibina akan dipaparkan pada sebelah atas bahagian kiri skrin. Pengguna diberi masa 1minit 30 saat dalam setiap pusingan. Walau bagaimanapun, pada 10 saat terakhir, hanya pengguna versi Pro sahaja boleh meneruskan bagi membina perkataan. Ini adalah kelebihan yang diberikan kepada mereka yang menaik taraf permainan ini kepada versi Pro (in app purchase).



[Image: BinaKata07.png]

Setelah tamat pusingan, BinaKata akan memaparkan semua perkataan yang boleh dibina di dalam pusingan itu dan seterusnya menunjukkan ranking pengguna bersama pemain lain. Permainan akan diteruskan sekiranya pengguna berminat meneruskan perjuangan.

[Image: BinaKata08.png][Image: BinaKata09.png]

Selain itu, pengguna boleh melihat pencapaian mereka di bahagian menu Profil dan Pencapaian.



BinaKata boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store.

Adakah anda pernah bermain permainan BinaKata ini? Sesungguhnya ia permainan mengundang ketagihan. Ayuh, mari kita membina perkataan.

sumber

** cuma nak kongsi sket pada sesaper nak men pakai komputer


Link dia https://apps.facebook.com/fugowordz/

WORDZ
ada online version solver

BINAKATA
untuk para pengencing yang rase nak pakai cheat bleh download solver neh dah diloadkan ngan wordlist Malay

DOWNLOAD SOLVER


GOGOGO NILA ;D

[Image: arsenal_signature_by_dreamds-d3123ey.png]
Like Post Quote
[-] The following 3 users Like KuRtBorgiba's post:
Angelezo (02-08-2013), Kiroro (02-08-2013), usb (02-08-2013)
02-08-2013, 11:55 AM
Post: #2
RE: Jom Main BinaKata aka Wordz
yg main tipu tu mesti noob !

[Image: Kuroko-no-Basuke-siggy-v2.png]
Like Post Quote
[-] The following 1 user Likes shykiss's post:
KuRtBorgiba (02-08-2013)
03-14-2013, 12:32 PM
Post: #3
RE: Jom Main BinaKata aka Wordz
mcm mana nak pakai boggle tu
Like Post Quote
[-] The following 1 user Likes Zairul Hafriz's post:
bambrebekmek (03-26-2013)
03-14-2013, 02:53 PM (This post was last modified: 03-14-2013 02:55 PM by suyisaster.)
Post: #4
Re: Jom Main BinaKata aka Wordz
Kihkihkih.
* suyisaster dah lama main dlm android

Nama samaran dalam Binakata:SUYI



Sent from my Xperia Z using Tapatalk 2

Suyi lompat
Like Post Quote
03-30-2013, 10:33 PM
Post: #5
RE: Jom Main BinaKata aka Wordz
Macam mana nak guna Boggle tu dekat dalam Android? Hope reply.

ahmadafiq, sila update Signature anda di UserCP
Like Post Quote
04-01-2013, 04:13 PM (This post was last modified: 04-01-2013 04:13 PM by KuRtBorgiba.)
Post: #6
RE: Jom Main BinaKata aka Wordz
@ahmadafiq kene load pakai komputer.... then ko cari dalam phone huhuhuh

[Image: arsenal_signature_by_dreamds-d3123ey.png]
Like Post Quote
New Reply 



DMCA.com Member of The Internet Defense League ubuntu.com Sedut Software Sampai Lebam
Contact Us | Rileks Community | Lite (Archive) Mode | RSS Syndication
Designed by Andrew. Icons by dAKirby309